Kemahiran Hidup Teras Rekabentuk Tingkatan 2
MESIN MUDAH ALIH
Ketika tingkatan 1 pelajar telah didedahkan dengan beberapa jenis mesin seperti mesin gerudi lantai dan mesin gerudi mudah alih. Untuk Tingkatan 2 di dalam bab rekabentuk terdapat tiga jenis mesin lagi yang perlu diketahui oleh pelajar. Mesin-mesin ini ialah :
- Mesin Gergaji Jig
- Cordless screw driver
- Sander
____________________________________________________________
- Mesin Gergaji Jig
Rupa bentuk Mesin Gergaji Jig
Mesin gergaji Jig digunakan untuk mengergaji kayu dan bahan-bahan lain seperti papan lapis, perspek dan MDF. Gergaji Jig boleh memotong lurus dan lengkung dengan mudah dan cepat. Perhatikan bagaimana mesin ini digunakan untuk memotong kayu di bawah :
Mata gergaji mesin gergaji jig boleh ditukar ganti. Jika kita ingin memotong kayu yang tebal kita gunakan mata blade yang kasar dan jika kita hendak memotong kayu nipis seperti papan lapis dan perspek kita gunakan mata halus. Jika kita memotong kayu yang tebal dengan menggunakan mata blade yang halus sudah pasti ia akan merosakkan benda kerja dan mata blade juga akan patah. Begitulah sebaliknya. jadi jika kita hendak menggunakan mesin ini kita mesti menggunakannya dengan betul.
mata balde gergaji Jig pelbagai saiz
mata blade jenis halus sesuai untuk kayu nipis
Mata balde jenis kasar untuk kayu yang tebal dan keras
Add comment Posted in Uncategorized 10/01/2010
![jigsaw [320x200] jigsaw [320x200]](http://cmyusuf.edublogs.org/files/2010/01/jigsaw-320x200-300x284.jpg)







